1/8/2014 menjadi saksi, Cherating merupakan tempat yang dituju, walaupun tiada perancangan rapi untuk segala aktiviti disana tetap menjadi kenangan manis untuk kami semua
konvoi menaiki 3 buah kereta, bertolak pada jam 2 pagi dari Cheras,Selangor menuju ke Pantai Cherating,Pahang. dianggarkan jarak perjalanan lebih 300 km kilometer ( sebab perasan
sign board kuantan dari karak 300 km) . perjalanan yang amat menyeronokan sebab kami gerak malam. jalan tak sesak, kereta tak banyak, tapi sejuk. kabus teramat tebal dan teramat sejuk ( nak cakap yang sangat-sangatlah sejuk malam tu) .
jam dah pukul 7 pagi, kami rehat sebentar di R&R. nasib ade yang bawak rambutan dari kampung, layan rambutan sambil borak
and sambil buka
waze and google map sebab nak cari lokasi pantai cherating dan lokasi tempat penginapan kami. (perjalanan sepatutnye 3 jam, tapi rehat
and banyak kali berhenti punya pasal, langsung makan masa 7 jam)
dianggarkan kami tiba ke pantai cherating pada pukul 9.00 am .
dah sampai tu ape lagi selfie la sikit..
disebabkan bajet yang kecil,
and sebab ade sorg kawan ni
sponsor penginapan, kami memilih sebuah homestay yang jaraknya lebih kurang 3 km dari pantai. tu pun kami
survey dekat
internet . NJ Homestay Cherating satu malam RM 250, harga boleh "NEGO"
kalau nak
call sila
call PN. Rosni di 019-936 3272, sebab kami pun
call puan rosni tu juga.
tempat yang best sangat-sangat, sesuai untuk 10 hingga 15 orang. sangat-sangat selesa, sangat-sangat lengkap, (ade astro lagi) , bantal sangat banyak, ada 3 bilik, setiap bilik ada katil, bilik paling besar ade
aircond sejuk~~ , ada peti sejuk, mesin basuh automatik.. sesuai untuk family, dan konvoi. sepatutnya, kami
chek in pukul 2.00 p.m , tapi setelah berunding dengan tuan punya homestay, kami dapat masuk awal pada pukul 12.30 p.m sebab belas ihsan tuan punya home stay yang fikir kami perlu mandi dan bersiap untuk solat jumaat.
first of all, lest talk about foods here. apa yang kami dapat gambarkan ialah makanan yang boleh tahan sedap, tapi dekat kedai yang kami pergi tu mahal. itu kami
compare dengan harga makanan dekat restoran yang terkenal di Shah Alam, Selangor. Saya percaya, Mungkin ada gerai yang jauh lebih murah yang mungkin kami tak jumpa, (kalau ada tolong suggest ye) mungkin boleh jadi rujukan kepada orang lain yang nak ke cherating. persekitaran sangat
best , pantai yang cantik dan jernih.
That's All about our trip in Cherating, Thanks for read. any question, comment and suggestion please comment in this post.